fbpx
GYOKERES akhirnya melengkapkan perpindahan idaman menyertai Arsenal yang merupakan kelab kegemarannya sejak kecil. - AFP

Gyokeres bakal jadi ‘mesin gol’ Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pemburuan Arsenal bagi mendapatkan penyerang baharu menghadapi kempen 2025/26 akhirnya tamat apabila berjaya membawa masuk penggempur berbisa Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres.

Menerusi perjanjian bernilai £63.7 juta (RM364 juta) yang dibuat bersama Sporting, The Gunners akhirnya berjaya mendapatkan pemain yang diidam-idamkan selepas rundingan itu berlanjutan untuk tempoh agak panjang.

Mesin gol antarabangsa Sweden itu bersetuju untuk menandatangani kontrak selama lima tahun bersama Arsenal biarpun beberapa kelab ternama yang lain seperti Manchester United cuba ‘memancing’ khidmatnya.

Difahamkan, ejen yang menguruskan Gyokeres membuat keputusan untuk tidak mengambil komisyennya bagi memastikan pemain berusia 27 tahun itu dapat memenuhi impian beraksi di Stadium Emirates.

Sejak menyertai Sporting pada 2023, Gyokeres meletakkan dirinya sebagai peledak paling berbisa di Eropah apabila berjaya meledak 97 gol dan melakukan 28 umpanan dalam 102 perlawanan.

Bagaimanapun, ramai pihak sedang menantikan aksinya dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) memandangkan dia pernah beraksi bersama Brighton sebelum ini, namun gagal untuk menyerlah.

Sebaik urusan perpindahan itu selesai dan diumumkan secara rasmi, dia akan berangkat ke Singapura bagi menyertai rakan sepasukan yang kini berada di sana untuk aksi pramusim.

Seorang lagi pembelian baharu Arsenal iaitu Cristhian Mosquera juga sudah berlepas ke Singapura malam kelmarin bagi melakukan persediaan dan mengenali rakan sepasukan baharunya dengan lebih dekat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI