fbpx
ANTARA laluan mencabar yang perlu diharungi peserta pada Ecotrail Putrajaya kali ini.

Ecotrail Putrajaya terus dapat sambutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penganjuran kali keempat larian denai Ecotrail Putrajaya tahun ini terus mendapat tempat di hati penggemar sukan lasak apabila berjaya menarik penyertaan lebih 1,200 peserta dari pelbagai negara.

Penganjuran kejohanan itu boleh dikategorikan sebagai acara larian bertaraf ‘ultra’ apabila menawarkan larian jarak jauh 50 kilometer (km) dan 80km selain dua jarak sederhana, iaitu 10km dan 30km.

Larian denai itu dianggap unik kerana menerapkan konsep kitar semula kepada semua peserta selain menggalakkan pelari-pelari untuk mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain dan kepada alam sekitar.

Penganjur kejohanan, Mohd. Bukhari Ismail menyuarakan rasa puas hati dengan sambutan yang diberikan penggemar-penggemar larian denai itu, terutamanya apabila penyertaan dilihat semakin meningkat saban tahun.

“Acara larian Ecotrail Putrajaya ini diinspirasikan daripada acara larian Ecotrail yang telah lama bertapak di Paris, Perancis sejak tahun 2008. Sejak dari itu, ia telah dianjurkan di beberapa buah negara Eropah.

“Malaysia pula menjadi negara pertama di Asia yang diberi kebenaran melaksanakan acara larian ini sejak 2019 dengan syarikat 10 Sense diberi kepercayaan untuk menganjurkannya setiap tahun,” katanya.

Pada perlumbaan yang berlangsung baru-baru ini, acara 80km bagi kategori lelaki dimenangi Zulkarnain Mat Nor manakala dalam saingan wanita diungguli Lee Yee Shi selain kategori veteran dimenangi Yih Huan Sua (lelaki) dan Nurazlina (wanita).

Sementara itu, acara 50km dimenangi Pierre Algret (lelaki) dan Ritzy Amor Ectin (wanita) manakala kategori veteran diungguli Mohd. Hasrul Hisham Hasim (lelaki) dan Agustina Verawati (wanita).

Apa yang menarik adalah peserta-peserta perlu melalui pelbagai jenis laluan melibatkan kawasan berbukit, curam, hutan dan denai yang menawarkan keindahan bandar pentadbiran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI