fbpx
Dua wanita yang menjadi mangsa pemerdagangan orang diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Wangsa Maju, semalam.

Dipukul dan dipaksa kerja, dua tukang jahit diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua wanita warga India yang menjadi mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Wangsa Maju, semalam.

Operasi sekitar pukul 9 malam itu dijalankan Bahagian D3 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Bahagian JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil serbuan, polis telah menahan seorang lelaki warga India berusia 30 tahun yang berperanan sebagai ejen dan majikan.

“Dua wanita warga India berusia 20 hingga 22 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan dalam serbuan itu.

“Mangsa telah diperdaya serta dieksploitasi kerja paksa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa yang dijanjikan kerja sebagai tukang jahit dengan tawaran gaji sebanyak RM2,000 sebulan.

Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mangsa tidak pernah menerima sebarang gaji sehingga diselamatkan.

“Disebabkan tidak menerima gaji, kedua-dua mangsa enggan bekerja sehingga suspek bertindak mencederakan mangsa.

“Mangsa berada bersama suspek sejak Disember tahun lalu. Siasatan awal mendapati mangsa mengalami cedera di lutut dan dahi dipercayai dipukul menggunakan kipas angin,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI