fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Rakyat: 46,086 kertas siasatan berkaitan jenayah siber tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka sebanyak 46,086 kertas siasatan berkaitan jenayah siber sepanjang tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kebanyakan kes disiasat di bawah Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

“Jenayah siber terbahagi kepada dua kategori, iaitu jenayah yang dibantu siber (cyber-enabled crime) dan jenayah yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi digital (cyber-dependent crime).

“Cyber-enabled crime adalah jenayah tradisional yang dipermudahkan atau diperluaskan melalui teknologi seperti penipuan dalam talian (scam), penyebaran maklumat palsu dan bahan lucah.

“Manakala cyber-dependent crime pula ialah jenayah yang hanya boleh berlaku melalui teknologi digital, contohnya godaman, serangan perisian hasad (malware) dan pancingan data (phishing),” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Jelas beliau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang meneliti permohonan 139 jawatan baharu bagi memperkukuh operasi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang dikendalikan oleh PDRM dan beroperasi 24 jam sehari.

Katanya, penambahan itu penting susulan peningkatan aduan jenayah siber, dengan purata 500 panggilan diterima setiap hari.

Beliau turut memaklumkan kerajaan kini dalam proses mengkaji penggubalan Rang Undang-Undang Jenayah Siber bagi menangani kesalahan berkaitan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI