fbpx
COOLS

Cools belajar asas bahasa Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools mengakui memerlukan sedikit masa lagi untuk membolehkannya menyerlahkan kualiti sebenar bersama Cerezo Osaka dalam saingan Liga Jepun.

Bekas pemain Club Brugge itu menjelaskan proses penyesuaian diri dengan persekitaran baharu dan komunikasi menjadi perkara utama yang dititikberatkan.

“Segalanya berjalan dengan baik, mungkin saya ambil sedikit masa untuk alihkan fokus, namun pada pendapat saya, Liga Jepun adalah lebih tinggi daripada saingan di Asia Tenggara.

“Jadi saya perlu membiasakan diri dengan rentak di sana, namun saya sentiasa mendapat sokongan daripada seluruh pasukan. Saya gembira untuk membuat debut dan berpeluang tunjukkan kualiti di Liga Jepun.

“Saya harap mampu terus beraksi baik dan cuba menyerlahkan diri saya yang sebenar dalam saingan di Jepun,” kata Cools yang sebelum ini pernah dilabel terlalu bagus untuk saingan Liga Jepun oleh pakar analisis di negara berkenaan.

Dalam masa sama, Cools mengakui dirinya kini berada dalam fasa untuk mempelajari asas bahasa Jepun bagi membolehkannya lebih cepat serasi dengan rakan sepasukan lain.

“Kakitangan pasukan boleh berbahasa Inggeris, jadi ia bukan masalah besar dan pemain juga hormat antara satu sama lain. Sudah pasti ada beberapa pemain sukar untuk bercakap tetapi dasarnya mereka tahu asas berbahasa Inggeris.

“Saya cuba belajar perkataan asas Jepun sebagai tanda hormat saya. Komunikasi bukan perkara senang tetapi ia bukan mustahil untuk dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI