fbpx
SIMONS menjadi buruan banyak kelab Eropah seperti Chelsea dan Arsenal selepas Leipzig dilaporkan sedia melepaskan khidmatnya. - AFP

Chelsea sedia pecah rekod Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Chelsea dilaporkan bersedia memecahkan rekod perpindahan pemain Belanda apabila memburu tonggak RB Leipzig, Xavi Simons dalam usaha memperkukuh barisan serangan musim baharu.

Pemain berusia 22 tahun itu menandatangani kontrak tetap bersama Leipzig pada Januari lalu selepas dipinjamkan daripada Paris Saint-Germain (PSG), namun nilai pasarannya terus melonjak selepas kempen cemerlang di pentas Bundesliga.

Menurut laporan, Leipzig sedia melepaskan pemain tengah menyerang itu dengan harga sekitar €110 juta (RM542.41 juta) berbanding nilai semasanya, €70 juta (RM345.17 juta) sekali gus melepasi rekod perpindahan tertinggi bagi pasaran pemain Belanda.

Chelsea sebelum ini sudah membawa masuk Joao Pedro dan Jamie Gittens ke skuad utama yang dibentuk untuk kembali mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak 2017.

Bagaimanapun, perpindahan Simons dijangka hanya dimuktamadkan jika The Blues berjaya menjual beberapa pemain bintangnya termasuk Enzo Fernandez yang disebut-sebut sebagai aset utama bakal dikorbankan.

Arsenal juga dilaporkan berminat mendapatkan Simons sebagai alternatif kepada Eberechi Eze, namun nilai tinggi diletakkan Leipzig dijangka menyukarkan rundingan dua kelab London itu.

Pengarah Sukan Leipzig, Marcel Schafer sebelum ini menyifatkan pembelian Simons yang kini dianggap pemain tengah menyerang kelapan terbaik dunia, sebagai satu pelaburan bijak.

“Kami sudah lama merancang perpindahan ini, ia memberi pulangan hebat dari sudut sukan dan kewangan. Kini semua kad berada di tangan kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI