fbpx
Gambar menunjukkan seekor burung camar bertembung dengan jet pejuang sehingga memecahkan tingkap depan. - SWNS

Cermin kokpit jet pejuang berlubang dirempuh burung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Seorang jurugambar merakam detik seekor burung camar merempuh cermin depan sebuah jet pejuang bernilai AS$85 juta (RM359 juta) ketika ia melakukan pertunjukan udara di Sepanyol, lapor akhbar New York Post semalam. 

Jet Eurofighter Typhoon itu bertembung dengan seekor burung camar di Pangkalan Udara San Javier dekat bandar Murcia, 15 Jun lalu. 

Kejadian itu bagaimanapun tidak disedari oleh penonton. 

Jurugambar bernama Javier Alonso de Medina terkejut apabila kameranya merakam detik burung itu melanggar dan menghancurkan kanopi jet sehingga meninggalkan lubang di cermin hadapan juruterbang. 

Jet itu segera melakukan pendaratan dan menamatkan pertunjukannya. 

“Mereka melaporkan melalui radio bahawa jet tersebut telah melanggar burung sehingga memecahkan tingkap kokpit. Sejurus itu, saya melihat gambar yang dirakam dan menemukan keseluruhan kejadian mengikut urutan.

“Apabila saya melihat gambar-gambar tersebut, saya terkejut melihat bahagian hadapan kokpit rosak,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI