fbpx
Nurul Ain dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Seberang Jaya, malam tadi.

Calon SPM maut kemalangan, rakan parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG JAYA – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dipercayai selepas motosikal yang dia bonceng bersama rakannya terlibat kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan, berhadapan Masjid Jamek Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Mangsa, Nurul Ain Nadhirah Zulkhairi, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala rakan lelakinya berusia 23 tahun dilaporkan berada di Zon Merah Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Kejadian kira-kira pukul 9.37 malam itu dikatakan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah George Town.

Nurul Ain yang merupakan pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas dan difahamkan mangsa akan menjalani ujian bertutur Bahasa Melayu bagi Peperiksaan Percubaan SPM 2025, esok.

Terdahulu, tular satu rakaman video di aplikasi TikTok yang menunjukkan kejadian kemalangan membabitkan mangsa terbabit.

Rata-rata pengguna media sosial termasuk rakan yang mengenali mangsa turut meninggalkan komen dan ucapan takziah.

“Ya Allah, partner saya untuk bertutur Bahasa Melayu hari Khamis ini untuk SPM…Doakan sahabat saya,” tulis seorang pengguna.

“Kawasan ini memang sibuk semasa waktu puncak, kena sentiasa berhati-hati,” balas Sang Gendang.

“Kepada siapa yang ada video dan gambar arwah minta tolong sangat jangan simpan dan siarkan ya,” tulis whos zaff. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI