JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila ditangkap mencuri wang sebanyak 50,000 rupiah (RM13) dari sebuah kereta yang tidak dikunci, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Kanak-kanak tersebut merupakan pengemis di jalanan.
Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan dia memegang wang kertas bernominasi 50,000 rupiah di tempat duduk belakang.
Perakam kemudian menyuruhnya meletakkan semula wang tersebut ke tempat asalnya.
Selepas meletakkan wang, dia bergegas keluar dari kereta dan melarikan diri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 119,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Mengemis sampai masuk kereta orang,” kata seorang netizen. – AGENSI