fbpx
Lebih 100,000 tontonan mengikuti siaran langsung Anwar hari ini.

Berbaloi tunggu pengumuman PM – Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini membuat pengumuman khas bagi menyampaikan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi satu siaran langsung selama 30 minit di saluran rasmi YouTube beliau.

Siaran bermula pukul 10.30 pagi itu menerima sambutan luar biasa apabila mencatat lebih 100,000 tontonan secara langsung dalam tempoh tidak sampai setengah jam.

Dalam ucapannya, Anwar menzahirkan penghargaan mendalam kepada rakyat Malaysia yang terus memberi sokongan terhadap usaha kerajaan memperkukuh ekonomi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih terhadap penghargaan yang diberikan oleh Perdana Menteri.

“Terima kasih PMX, oleh itu, aku akan pilih PMX untuk kekal sepenggal lagi walaupun parti sendiri sedang bergelut. Hari ini, beliau telah menjalankan tugas yg baik,” kata Zac di X.

“Berbaloi tunggu pengumuman ini sebab banyak bagi bantuan pada kita semua, terima kasih banyak Datuk Seri!” ujar Mubin.

“Terima kasih banyak PMX penghargaan ini bagi sesetengah orang nampak kecik tapi banyak dan besar bagi yang kurang berkemampuan,” komen seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI