fbpx
SINDHU menyapu sampah walaupun berusia 88 tahun. - Foto X/ANI

Bekas pegawai tinggi polis tidak kisah jadi tukang sapu sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang bekas pegawai tinggi polis di Punjab, India menjadi perhatian ramai kerana membersihkan persekitaran pasar dengan menyapu sampah pada usia 88 tahun, lapor laman berita Gulf News hari ini. 

Inderjit Singh Sidhu, mengambil tanggungjawab untuk membersihkan kawasan sekitar pasar di bandar Chandigarh. 

“Saya suka tempat yang bersih, jadi saya cuba bersihkannya,” kata Inderjit sambil menyapu di tempat letak kereta berhampiran pasar yang sibuk. 

“Di negara asing, lantai juga bersih. Itu juga yang sepatutnya menjadi standard di sini,” ujarnya yang telah bersara.

Komitmennya yang tenang menyebabkan Inderjit dikagumi penduduk dan mencetuskan perbualan tentang tanggungjawab awam dan kebanggaan sivik.

Chandigarh yang terkenal dengan susunan dan estetikanya, baru-baru ini menduduki tempat kedua di India dalam tinjauan kebersihan di negara tersebut.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI