fbpx
SEBAHAGIAN barang-barang lusuh dan sisa e-waste yang berjaya dirampas di sebuah premis di Jalan Batu Anam Buloh Kasap, Segamat, bulan lalu.

Barang lusuh, sisa elektronik RM190.71 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Sejumlah kira-kira RM190,715,900 barang lusuh dan sisa elektronik (e-waste) di sekitar daerah Segamat berjaya dirampas melalui hasil Op Hazard 2.0 bersepadu antara Batalion 5 Pasukan Gerakan AM (PGA) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Imigresen dan Majlis Perbandaran Segamat.

Pegawai Pemerintah BN 5 PGA, Superintenden Salehin Suleiman berkata, serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Batu Anam Buloh Kasap, Segamat pada 16 Jun itu turut berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita tempatan selain 54 orang pekerja warga asing.

Katanya, barang yang dirampas merangkumi sisa e-waste barangan elektronik anggaran berat kira -kira 5,920 tan, pelbagai jenis plastik anggaran berat kira-kira 9.45 tan dan pelbagai jenis besi anggaran berat anggaran 1,031 tan.

“Turut dirampas adalah 23 unit forklift, 42 buah mesin dan sebuah treler dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM 190, 715, 900,”katanya melalui kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI