fbpx
Tangkap layar klip video yang dimainkan di laman sosial Perdana Menteri.

Anwar beri bayangan apa akan diumum hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti memberi bayangan apakah pengumuman penting yang bakal diumumkan beliau hari ini.

Menerusi satu video yang dikongsi di laman media sosial Perdana Menteri itu sebentar tadi, keratan video lama ucapan beliau yang menjadi modal pihak pembangkang ketika ini telah disertakan.

Malah, muzik lagu Tunggu Sekejap turut dimainkan.

Bayangan pengumuman beliau pada pagi esok sepertinya sudah dapat dihidu oleh segelintir rakyat Malaysia iaitu berkemungkinan mengenai harga petrol.

Dalam pada itu, ada juga orang ramai yang terkejut apabila klip video yang dikenali ‘saya ulang’ dimainkan di laman sosial rasmi Perdana Menteri itu.

“Lapan kali ulang tengok betul ke ini laman sosial PMX kita,” jelas Megat Ahmad Fetri.

“Ingat ini laman troll, macam pelik sahaja. Tapi dah dapat bayang apa yang bakal diumum esok,” kata Fadhlina Hadhirah. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI