fbpx
Rusdi (tengah) pada sidang akhbar Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Menara KPJ di sini hari ini. / M. FIRDAUS M. JOHARI

80,040 keldai akaun dituduh sejak 2023, angka membimbangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak terjerat menjadi keldai akaun kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh membawa hukuman berat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, penglibatan dalam aktiviti keldai akaun boleh didakwa mengikut Seksyen 424A, 424B dan 424C Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda maksimum RM150,000 atau kedua-duanya sekali.

“Individu yang menyerahkan akaun bank atau membenarkan pihak lain menggunakannya tanpa sebab sah boleh dikenakan tindakan tegas,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Menurut Rusdi, statistik menunjukkan peningkatan kes keldai akaun yang membimbangkan apabila pada tahun 2023, sebanyak 46,738 kes direkodkan dengan 35,802 individu dituduh.

Jelasnya lagi, situasi semakin meruncing apabila pada tahun 2024, jumlah kes meningkat kepada 51,197 kes dengan 33,603 orang dituduh.

“Bagi tahun 2025 pula, dalam tempoh antara 1 Januari hingga 21 Julai sahaja, sebanyak 39,006 kes telah direkodkan dan 10,635 individu telah dituduh di mahkamah,” ujarnya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan atau imbuhan yang memerlukan penggunaan akaun bank peribadi dan segera melaporkan kepada polis jika mengesyaki sebarang kegiatan mencurigakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI