fbpx
EMPAT lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan atas dua pertuduhan menceroboh dan menjalankan aktiviti tanpa kebenaran di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Tranum, di Raub.

4 warga Myanmar dipenjara sembilan bulan ceroboh Hutan Simpan Tranum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB – Empat lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menceroboh dan menjalankan aktiviti tanpa kebenaran di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Tranum, di sini.

Keempat-empat tertuduh, iaitu Aung Moe Lin, 32, Lin Pyi Tun,20, Ti Ding, 33, dan Aung Yar Lin, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh melakukan kesalahan menduduki dan menjalankan aktiviti di atas tanah pada 18 Jun lalu, kira-kira pukul 1.20 petang di dalam Hutan Simpan Tranum, Raub tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Semasa serbuan dilakukan, kesemua tertuduh turut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit pertanian yang sah.

Bagi pertuduhan kedua, kesemua tertuduh didapati memasuki Kompartment 1, Hutan Simpan Tranum tanpa kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Zhi Qian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Noor Zaihan memerintahkan kedua-dua hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan iaitu 18 Jun lalu – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN