fbpx
Aedy Fadly meninjau proses pembuatan bas di Telok Gong, Pelabuhan Klang, hari ini. FOTO ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

1,123 penumpang disaman tak pakai tali pinggang keledar bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seramai 1,123 penumpang bas ekspres dan persiaran dikenakan tindakan saman selepas didapati gagal memakai tali pinggang keledar menerusi operasi pemeriksaan di seluruh negara.

Pemerhatian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga semalam mendapati rata-rata mereka memberi alasan tidak mengetahui mengenai peraturan baharu itu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 1,427 saman sejak penguatkuasaan itu dilaksanakan awal bulan ini.

Katanya, statistik terbaharu itu turut meliputi 280 saman yang telah dikeluarkan ke atas pemandu bas.

“Jika mereka termasuk pelancong asing tidak memakai tali pinggang, tindakan saman tetap dikeluarkan mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat sebuah kilang pembuatan bas di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.

Sementara itu, Aedt Fadly berkata, pengusaha bas ekspres dan persiaran diwajibkan mematuhi garis panduan pengeluaran dokumen kerja dalaman bagi pendawaian elektrik tambahan berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Statistik JPJ mendapati sebanyak 65,520 bas akan terlibat dalam proses itu secara berperingkat setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI