fbpx
Anggota bomba menyelamatkan mangsa daripada terjatuh Jambatan Merbau Sempak di Sungai Buloh, hari ini.

Wanita diselamatkan bomba daripada terjatuh jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada terjatuh di Jambatan Merbau Sempak, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 6.43 petang.

Menurutnya, seramai lima anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh digerakkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa wanita berusia 30-an cuba terjun dari jambatan.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian pergelangan tangan berjaya dipujuk oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI