PETALING JAYA – Aksi seorang wanita yang tersalah masuk ke tandas lelaki dipercayai tidak disengajakan mencetuskan pelbagai reaksi lucu dalam kalangan netizen selepas rakaman detik itu tular di media sosial.
Insiden tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) dan dikongsikan pemilik akaun TikTok @BossDD yang menunjukkan wanita berkenaan keliru dengan arah papan tanda sebelum secara tidak sengaja meluru masuk ke tandas lelaki dalam keadaan tergesa-gesa.
Lebih menghiburkan, wanita itu kelihatan terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki di dalam tandas tersebut sebelum menyedari dirinya telah tersilap masuk.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat spontan wanita itu, namun ada juga yang berseloroh menyindir situasi tersebut sambil membandingkan layanan berbeza jika perkara sama berlaku kepada lelaki.
“Tandas tu yang salah, perempuan tak pernah salah,” seloroh Syamil.
“Kalau lelaki salah masuk tandas, akan jadi hal punya,” komen seorang pengguna.
“Bila lelaki yang tersalah, mesti ke lokap dah. Sengaja atau tak sengaja, belakang cerita,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@zahraa_youuu Entah siapa yang salah 🤣 #funnymoments #xybca #fyp #siapasalahsiapabener #onthisday ♬ original sound – AbDc ZaHRAA 🎭