fbpx
Kelibat salah seekor beruang matahari yang tersesat memasuki SK Seberang Tayor, Kemaman semalam.

[VIDEO] Dua beruang kecohkan latihan sukan SK Seberang Tayor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Sesi pembelajaran Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Tayor, di sini, bertukar kecoh semalam berikutan kemunculan dua ekor beruang matahari di kawasan sekolah terbabit.

Kelibat dua ekor beruang matahari itu dikesan berkeliaran di tepi pagar dan kawasan kebun sekolah berkenaan pada pukul 8.30 pagi.

Tukang kebun sekolah, Azmi Yaakob, 52, berkata, sewaktu kemunculan dua haiwan liar terbabit, ramai murid dan guru sedang mengadakan latihan sukan di padang sukan.

“Keadaan menjadi kecoh, guru-guru cepat-cepat membawa anak murid mereka masuk ke dalam kelas masing-masing demi keselamatan.

“Beruang itu kemudiannya dilihat memanjat pagar sekolah dipercayai untuk mencuri buah dari pokok durian yang ditanam di kawasan kebun terdapat di belakang sekolah,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azmi berkata, dua beruang tersebut hanya beredar dari kawasan sekolah pada pukul 11 pagi.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong yang dihubungi mengesyaki dua ekor haiwan itu merupakan beruang matahari yang dilaporkan berkeliaran di perkampungan tersejak sejak bulan Mei lalu.

“Kami telah memasang perangkap sejak dua bulan lalu dan memantauan akan diteruskan bagi menangkap haiwan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI