PETALING JAYA – “Allahuakbar, Allahuakbar biy, kenapa biy? Sakit biy,”
Demikian luahan panik seorang isteri selepas kereta yang dinaiki bersama suami dan anak dirempuh sebuah kenderaan dipandu lelaki dipercayai mabuk di Machang Bubuk, Pulau Pinang.
Situasi cemas itu dikongsikan menerusi akaun TikTok @Madieyyyy yang memaparkan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan sebuah kenderaan dari arah kanan hilang kawalan sebelum merempuh kereta Proton Perdana dinaiki keluarga terbabit.
Difahamkan, kenderaan mereka mengalami kerosakan teruk.
“Satu kata daripada suami, ‘macam mana nak bawa anak pergi jalan-jalan, kereta kita dah total lost’,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa marah atas kecuaian pemandu kenderaan terbabit selain bersimpati dengan nasib keluarga itu.
“Saman dia, ambil tindakan sepatutnya. Biar dapat kereta baharu. Sayu dengar anak menangis,” komen Asmanira Alwi.
“Allahuakbar, kasihan dengar suara isteri dia cakap sakit. Anak kecil menangis pula tu,” kata Wawa Nabila. – KOSMO! ONLINE
@madieyy.99_ satu kata dari Suami . macam mana nak bawa anak pi jalan² lagi , keta Kita DH total lost sambil menangis , Allahhu 😭😭 takpa biy . Kita usaha lagi tau , Kita mula balik Dari awal Okey . janji semua selamat pun DH Alhamdulillah bersyukur sangat² 🫶🏻🤲🏻 masa 12.30 am 📌 lokasi berhadapan kkmart machang bubuk 📌 #hilangkatakata😭 #hilangsemangat😢😢😢 #allahujisebaballahsayang #AllahujisebabAllahsayang #foryou #mogaadakeadilan ♬ original sound – Madieyyyy