fbpx
Aliff berjanji akan membuat pengumuman rasmi bagi menjawab segala teka-teki berhubung pembelian jet peribadi didakwa bernilai jutaan ringgit. - AMIR KHALID

‘Tunggu Jumaat saya jawab, nilai jet jutaan ringgit takut LHDN kejar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Banyak perkara perlu dipertimbangkan, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berjanji akan membuat pengumuman rasmi bagi menjawab segala teka-teki berhubung pembelian jet peribadi mewah didakwa bernilai jutaan ringgit, Jumaat ini.

Ujar Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, dia terpaksa mengunci mulut mengenai butiran lanjut atas alasan membabitkan banyak pihak serta potensi kesan sampingan daripada pendedahan tersebut.

“Sebenarnya kalau cakap nanti orang kata saya riak. Kalau beritahu, nanti LHDN kejar pula. Jadi saya ambil keputusan untuk umumkan pada hari Jumaat nanti.

“Perkara ini besar sebab melibatkan nilai jutaan ringgit dan ramai orang. Doakan yang baik-baik sahaja.

“Bila lihat orang ada sesuatu, takut ada penyakit ain, jadi tunggu hari Jumaat sahaia. Sekarang saya tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi, tunggu hari Jumaat,” katanya ketika ditemui pada sesi minum petang bersama media, di sini, hari ini.

Tambah bapa kepada enam anak itu, apa dipaparkan dalam media sosial sebelum ini bukanlah gimik murahan, sebaliknya satu impian yang sudah lama terpahat dalam hati sejak bertahun dahulu.

“Jet peribadi ini memang impian saya. Bila video itu tular, saya sendiri terkejut. Niat saya hanya nak berkongsi kisah hidup.

“Tapi untuk tahu sama ada jet itu benar atau tidak milik saya, tunggu sahaja hari Jumaat. Benda ini besar, bukan harga murah.

“Ini adalah bisnes dan perkara besar. Ramai orang salah tafsir dan cakap saya macam-macam,” jelasnya.

Paling penting kata pengasas D’herbs itu, perniagaan jeruk mangga harumanis yang diusahakan bersama anak sulung, Ammar Ahyan, sejak awal tahun ternyata memberi impak luar biasa dalam karier keusahawanannya.

“Sejujurnya saya jual jeruk mangga ini secara kecil-kecilan, tak ada pun niat nak tunjuk hasil jualan itu saya dapat beli jet. Saya teruja kerana macam mana jualan jeruk itu boleh dapat jutaan ringgit.

“Bukan senang kerana saya hanya berniaga secara dalam talian dan orang memandang rendah kerana jualan begini orang kampung sahaja.

“Saya ucap terima kasih kepada semua yang menyokong saya kerana jualan ini sudah kumpul jutaan ringgit. Walaupun sekadar jeruk, tapi ini sungguh bermakna,” dedahnya.

Terdahulu, menerusi video dimuat naik dalam Instagram (IG), Aliff berkongsi keterujaan bersama isteri dan anaknya menaiki jet peribadi berwarna hitam itu.

Sementara itu, Aliff menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records sebagai ‘Kutipan Jualan Bag Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’ yang dijadual 3 Ogos depan pukul 8 malam di platform TikTok, @papalarisofficial.

Aliff berkongsi, dia akan memperkenalkan koleksi baharu koleksi beg tangan, ‘Samma Bag Denim Edition’ yang dipertaruhkan pada malam tersebuti bagi mencapai hasrat mencipta rekod Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI