fbpx
Antara mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 328.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan, Tapah pada pukul 11.40 pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

Toyota Vios langgar belakang Proton X50 punca tiga maut di Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Siasatan awal mendapati punca nahas dua buah kenderaan yang meragut tiga nyawa di Kilometer 328.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pagi tadi berlaku selepas kereta Toyota Vios melanggar belakang Proton X50.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya berkata, mengikut maklumat awal, pemandu Toyota Vios berusia 31 tahun melanggar belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 menyebabkan kenderaan itu terbabas dan terbalik.

Ketika kejadian, SUV tersebut dinaiki lima individu. Tiga daripada mereka meninggal dunia, seorang parah manakala pemandunya, Chong Li Shen, 71, cedera ringan.

Katanya, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenal pasti sebagai Teh Kim Wai, 76, Cong Ong, 77, dan Tan Ah Tak, 70.

Sewaktu kejadian, kesemua mereka yang merupakan rakan dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI