fbpx
Anwar (kiri) dan Dr. Mahathir.

Tiada tindakan terhadap Tun M atas faktor usia – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Usia yang sudah lanjut menjadi pertimbangan utama mengapa tiada tindakan diambil terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam isu Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan pada masa ini tetap berpendirian Dr. Mahathir bersalah atas keputusan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2018 yang melepaskan Pulau Batu Puteh dengan begitu mudah kepada Singapura.

Bagaimanapun katanya, keputusan Kabinet untuk tidak mengambil tindakan undang-undang juga mengambil kira status Dr. Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri.

“Kita ambil keputusan ini kerana melibatkan mantan PM yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah? Dia salah.

“(Tapi) apakah kita perlu ambil tindakan? Saya dalam mesyuarat Kabinet, saya setuju tak ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, anda, Kota Bharu (Takiyuddin) yang akan jerit kata kita tak adil,” katanya ketika sesi jawapan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu).

Terdahulu, laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang telah dinyahklasifikasi dikeluarkan pada Desember tahun lalu mendedahkan, kerajaan di bawah pentadbiran Dr. Mahathir secara sepihak telah membuat keputusan menarik balik permohonan bagi menyemak semula dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008 yang menganugerah Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut suruhanjaya itu, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Dr. Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir mendakwa, hasil laporan RCI berkenaan adalah bersifat politik untuk memusnahkan imejnya kerana hanya beliau seorang yang dipertanggungjawabkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI