fbpx
Azman (dua dari kanan) memeriksa beras semasa menjalankan Op Kesan di sebuah pasar raya di Pasir Tumboh, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

Tiada aduan kenaikan barang dikecualikan SST di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan tidak menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barangan yang dikecualikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak peluasan cukai tersebut bermula 1 Julai lalu.

Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, pihaknya memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan bagi mengelak dikenakan tindakan.

Katanya, KPDN melaksanakan pemantauan berterusan melibatkan semua kategori perniagaan termasuk pengilang, pengimport, pemborong, pengedar dan peruncit untuk memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menggunakan SST dengan memanipulasi harga sebagai alasan menaikkan harga barang.

“Hasil pemeriksaan dalam Ops Kesan 4.0 bermula 1 Julai lalu, sebanyak 195 unit penyimpanan stok barangan keperluan asas diperiksa susulan peluasan SST.

“Pemeriksaan ke atas 39 premis di seluruh negeri ini memfokuskan kepada barangan pengguna seperti barangan basah dan makanan dalam tin seperti yang dikecualikan SST iaitu ayam standard, daging lembu, kubis bulat, minuman coklat, roti, gandum, sardin termasuk susu.

“Langkah itu bagi memastikan tiada sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah yang boleh membebankan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ops Kesan di sebuah pasar raya di Pasir Tumboh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azman memberitahu, fasa kedua Ops Kesan akan dilakukan jika ada menerima aduan kenaikan harga yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, KPDN menegaskan terdapat empat elemen utama diberikan tumpuan dalam Ops Kesan iaitu senarai barangan dan perkhidmatan terlibat dalam SST, entiti perniagaan berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, tempoh pelaksanaan dasar SST dan margin keuntungan bagi mengelak pencatutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI