fbpx
Johari di Dewan Rakyat hari ini. - Foto PENERANGAN

Susun semula kementerian, agensi terlibat urus sisa plastik – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Aktiviti penyeludupan sampah serta penipuan klasifikasi sisa plastik yang dibawa masuk melalui pelabuhan disifatkan sebagai antara punca utama lambakan sisa plastik di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, penyusunan semula kementerian serta agensi yang terlibat dalam sisa plastik perlu dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan yang berkesan.

“Kita lihat ada empat pihak utama terlibat iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengurusan Sisa, MITI yang mengeluarkan sijil kelulusan (COA), dan Jabatan Kastam.

“Namun, bidang kuasa mereka berbeza dan perlu digabungkan di bawah satu platform untuk memastikan penguatkuasaan lebih berkesan,” katanya ketika di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berhubung mekanisme yang perlu ditingkatkan bagi mengawal kemasukan sisa plastik dari negara maju ke negara ini.

Dalam pada itu Johari berkata, salah satu isu utama ialah apabila kontena diisytiharkan dengan maklumat palsu di pelabuhan dan terlepas tanpa pemeriksaan terperinci.

“Pemantauan rapi di peringkat kilang terutama yang memproses sisa plastik perlu diperkasakan. Jika kita ada pemantauan di kilang, kita boleh kenal pasti sama ada ia beroperasi secara sah atau haram.

“Masalah besar ialah apabila sisa yang diimport hanya diproses 10 hingga 20 peratus, manakala selebihnya dibuang ke tapak pelupusan, menyebabkan negara terpaksa menanggung kos yang tinggi,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI