PETALING JAYA – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan Selangor dan Negeri Sembilan masih mencatatkan tahap tidak sihat setakat pukul 6 petang tadi.
Berdasarkan maklumat terkini di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 154, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan 135.
Sementara itu, sebanyak 63 kawasan lain merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100 termasuk Banting, Selangor (95), Temerloh, Pahang (80), Alor Gajah, Melaka (73) dan Kluang, Johor (67).
Hanya satu lokasi kekal mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan 40. – KOSMO! ONLINE