fbpx
Clough merupakan pemain pasukan Nottingham Forest pada 2017 hingga 2021.

Selangor FC sambar bekas pemain Nottingham Forest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC semakin serius untuk mencabar saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas mengesahkan bekas pemain sayap Nottingham Forest, Zach Clough sebagai import baharu pasukan musim depan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Selangor FC sebentar tadi, Clough yang lahir di Manchester diharap dapat memberikan pengalaman beraksi di England dan Australia untuk membantu pasukan tampil cemerlang musim depan.

“Selangor FC sangat bangga dapat mengesahkan kehadiran pemain baharu kelima kami pada jendela perpindahan kali ini. Clough pernah mewakili pasukan Bolton Wanderers, Forest dan Wigan Atheltic sebelum berhijrah ke Australia untuk mewakili Adelaide United,” kata kenyataan tersebut.

Skuad Gergasi Merah yang dikendalikan oleh Katsuhito Kinoshi baru sahaja pulang daripada siri jelajah pramusim di Thailand pada minggu lalu.

Kehadiran Clough yang berusia 30 tahun dijangka menguatkan lagi jentera tengah pasukan Selangor FC menjelang aksi Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pembuka tirai Liga Super, 8 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI