fbpx
Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin dikerumuni sekumpulan lelaki sebelum mereka ditembak. - Arab News

Pengantin ditembak kerana kahwin tanpa restu keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Sepasang pengantin baharu di Pakistan ditembak di hadapan orang ramai pada waktu siang selepas mereka berkahwin tanpa restu keluarga, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman kejadian tragis itu tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Dalam klip video tersebut, beberapa lelaki dilihat mengerumuni pasangan berkenaan sebelum mereka ditembak pada jarak dekat dan disaksikan oleh sekumpulan penduduk yang hanya berdiam diri.

Sebelum ditembak, pengantin perempuan menegaskan bahawa dia sudah berkahwin secara sah.

“Mari berjalan tujuh langkah dengan saya, dan kemudian anda boleh menembak saya,” katanya beberapa saat sebelum dia ditembak tiga kali pada jarak dekat.

Suaminya kemudian ditembak mati dengan cara sama selepas lelaki kedua melangkah ke hadapan dan melepaskan tembakan.

Polis telah menahan 11 suspek berhubung insiden itu yang berlaku di daerah terpencil dan pergunungan Deghari, dalam wilayah Balochistan.

Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa tiada ahli keluarga tampil untuk melaporkan pembunuhan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI