fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah akan membuka kempen Terbuka China menentang rakan senegara di pusingan pertama. - AFP

Pearly-Thinaah buru sejarah di Beijing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERGELAR naib juara di Terbuka Jepun bakal melonjakkan semangat beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah untuk memulakan kempen Terbuka China 2025 yang membuka tirai hari ini.

Pasangan No. 3 dunia itu dijadualkan membuka cabaran menentang rakan senegara sedang meningkat naik, Ong Xin Yee-Carmen Ting dalam aksi pusingan pertama kejohanan bertaraf Super 1000 di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, Beijing.

Sejak dua edisi lalu, Pearly-Thinaah hanya mampu mara setakat pusingan kedua kejohanan itu, namun mereka hadir dengan semangat baharu untuk mengubah sejarah di bumi China.

“Strategi permainan kami tidak menjadi dan mereka dapat membaca permainan kami dengan agak baik hari ini (kelmarin). Jadi, kena belajar daripada kekalahan itu (final Terbuka Jepun).

“Secara keseluruhan, saya rasa untuk perlawanan baru-baru ini kami bermain dengan agak baik, jadi saya harap ia tidak menjejaskan kami pada masa akan datang.

“Perkara yang baiknya ialah kami sentiasa berkomunikasi dan menyokong antara satu sama lain, tidak kira menang atau kalah. Kami berharap untuk mengekalkan momentum ini untuk perlawanan-perlawanan akan datang,” kata Pearly.

Selepas tumpas 15-21, 14-21 kepada pasangan No. 1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning di final kelmarin, Thinaah mengakui mereka perlu memperbaiki corak permainan dan turun dengan penuh keyakinan selepas ini.

“Perkara paling penting adalah yakin pada diri sendiri, tidak kira apa pun mata skornya dan hanya bersedia. Keyakinan terhadap pukulan yang mahu dimainkan.

“Jadi, saya rasa keyakinan itu sedikit sebanyak memberi kesan untuk hari ini (final kelmarin),” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI