fbpx
Status kualiti udara di Malaysia yang diambil dari laman sesawang APIMS setakat pukul 10 pagi tadi.

Negeri Sembilan, Selangor, Pahang catat IPU tidak sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga negeri mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melibatkan Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang setakat pukul 10 pagi tadi.

Menerusi maklumat terkini di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), dua kawasan di Negeri Sembilan merekodkan bacaan tertinggi iaitu Seremban (155) dan Nilai (154).

Turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Johan Setia, Selangor (151) dan Balok Baru, Kuantan, Pahang (140).

Sementara itu, sebanyak 63 lokasi lain merekodkan status kualiti udara pada tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.

Antara kawasan tersebut ialah Alor Gajah, Melaka (83), Segamat, Johor (78), Taiping, Perak (70) dan Kangar, Perlis (55).

Bagaimanapun, hanya satu lokasi direkodkan pada tahap IPU baik iaitu Langkawi, Kedah dengan bacaan 42. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI