fbpx
Mohamad Azhar menunjukkan biji timah yang dirampas pihaknya. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

Manipulasi borang ikrar biji timah RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan seorang pemandu lori mengemukakan borang ikrar kastam terhadap 240 guni bijih timah awal sebulan membongkar pemanipulasian borang itu di Pulau Indah, baru-baru ini.

Dalam kejadian 3 Julai lalu tersebut kemudiannya membawa penahanan kesemua barang dagangan itu yang dianggarkan bernilai RM1.9 juta.

Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, kejayaan itu hasil risikan pihaknya yang membuat pemeriksaan dan sitaan ke atas dua buah lori bermuatan lima dan tujuh tan di hadapan sebuah kilang.

Katanya, hasil pemeriksaan kemudiannya menemui komoditi dagangan sebanyak 240 guni bijih timah.

“Siasatan mendapati pemandu lori telah mengemukakan Borang Kastam 1 yang disyaki palsu dengan tarikh pengikraran dinyatakan bulan Ogos ini.

“Ini jelas menunjukkan mereka telah melakukan ‘advance’ borang ikrar berkenaan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Jelasnya, pihak percaya bijih timah tersebut berasal dari negara ini namun modus operandinya masih dalam siasatan.

“Ini termasuk bjih timah lokasi penghantaran bijih timah, tujuan dan kegunaannya.

“Ini adalah rampasan pertama melibatkan bijih timah dan kes disiasat mengikut Seksyen 133 (1) Akta Kastam 1967 iaitu memalsukan dokumen pengikraran,” katanya.

Dalam perkembangan berlainan, kata Mohamad Azhar, sejumlah 62 gelung keluli seberat 221.7 tan dirampas apabila diimport tanpa permit di kawasan bebas Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) pada 4 Jun lalu.

Ujarnya, barangan dagangan bernilai RM1.28 juta diperoleh hasil penahanan lapan buah kontena.

“Pengimport telah membuat ikrar palsu terhadap barangan itu sebagai perabot dan tilam.

“Barangan itu dipercayai dari salah sebuah negara di Asia untuk kegunaan industri di negara ini,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI