fbpx
KANAK-KANAK berusia tujuh tahun, Ahmad Firdaus yang ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di Taman Kota Shahbandar, Melaka kelmarin disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Kanak-kanak lemas hembuskan nafas terakhir pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di kolam renang sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar, di sini, akhirnya meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem hari ini.

Menurut beliau, pihak hospital telah menyerahkan jenazah mangsa kepada waris sekitar pukul 12 tengah hari tadi.

“Jenazah dibawa pulang ke kediaman keluarga mangsa di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor untuk urusan pengebumian,” katanya ringkas.

Sementara itu bapa mangsa, Ahmad Ridzuan Supian, 36, ketika dihubungi pemberita turut mengesahkan penularan poster oleh pihak sekolah mengenai pemergian anak tunggalnya, Ahmad Firdaus Iqbal.

“Ya, (benar anak saya telah meninggal dunia),” katanya ringkas.

Kosmo! kelmarin melaporkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menerima panggilan kecemasan berhubung kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun lemas ketika mandi-manda di kolam renang sebuah rumah inap di Taman Kota Syahbandar pada pukul 9.45 pagi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Mohd. Zahery Mohd. Zailani berkata, setiba di lokasi, bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah diberikan kepada mangsa, namun kanak-kanak itu masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital.

Hee Sem kemudian mengesahkan mangsa dimasukkan ke PICU Hospital Melaka dan bergantung kepada bantuan alat pernafasan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI