fbpx
Tangkap layar menunjukkan sebuah pili bomba yang ditanam bersama pokok.

Kalau tak mampu bantu, jangan susahkan kasihan abang bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan tidak bertanggungjawab individu menanam pili bomba bersama pokok mencetuskan kecaman hebat dalam kalangan pengguna di media sosial.

Perkongsian oleh Ie Mem Knot menunjukkan beberapa anggota bomba dilihat sedang berusaha mengorek tanah bagi memisahkan akar pokok, sebelum menemui sebatang pili bomba yang ditanam di kawasan tersebut.

“Sikap dan perbuatan manusia di dunia serba canggih ini masih ada lagi yang tidak tahu betapa pentingnya pili bomba sanggup membuat Demikian,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Tambahnya, sekiranya orang awam menemui situasi seperti ini, digalakkan untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Rata-rata orang ramai menyelar perbuatan individu terbabit yang disifatkan mementingkan diri dan boleh menyukarkan operasi menyelamat sekiranya berlaku kebakaran.

“Sebelum tanam pokok itu tak terfikir ke itu pili bomba? Kalau jadi kebakaran dekat taman itu macam? Alahai…,” komen Iera.

“Hidup ini jika tidak mampu membantu orang jangan nak menyusahkan orang juga, kesian abang-abang bomba,” kata Mr.Has Chaq.

“Kesian abang-abang bomba itu andai ada kebakaran lagi susah, kenapa orang zaman sekarang buat sesuatu benda tidak fikir kesannya,” ujar R.Hassan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI