fbpx
Gambar hiasan

Isteri minta cerai sebab suami kuat ‘ngompol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita mendedahkan kisah perceraian yang paling tidak dapat dilupakan sepanjang 14 tahun menjadi peguam membabitkan tabiat suami terkencing atas tilam setiap malam.

Beliau berkata, ketika ditanya mengenai punca si isteri membuat tuntutan cerai secara fasakh, alasan yang diberikan tidak begitu kukuh sehingga terpaksa diasak untuk mendedahkan punca sebenar.

“Masa jumpa aku dapati alasan mak cik tu tak berapa kuat. Tanya punya tanya (desak), barulah mak cik nak bercerita. Rupa-rupanya dia nak mohon cerai sebab tak tahan dengan suami yang ada tabiat kencing malam.

“Bayangkan setiap hari kena basuh dan jemur tilam hancing daripada air kencing lelaki 40-an yang merokok,” katanya yang menggunakan profil @Nur Munirah di media sosial.

Katanya, anak-anak dan menantu ketika memberi keterangan di mahkamah turut mendedahkan ada masanya mereka turut membantu mengangkat tilam hancing bapa untuk dijemur.

“Ini adalah perkahwinan kedua mak cik. Jadi anak-anak perkahwinan pertama semua dah besar dan ada menantu. Perkahwinan kedua mereka berbelas tahun juga (bertahan) dan ada seorang anak lelaki.

“Pak cik tu tak pernah jumpa doktor sehinggalah mak cik tak tahan dan tidur berasingan yang membawa kepada perceraian. Sedih tau tengok mak cik tu,” ujarnya.

Selain disebabkan tabiat kencing malam, si suami enggan mendapatkan rawatan selain mendedahkan tidak menerima nafkah daripada lelaki itu.

“Sebab selain kencing malam, nafkah pun tak bagi. Selepas berbelas tahun bertahan, akhirnya mahkamah la tempatnya,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI