fbpx
ZAKI Azmi ketika menyampaikan pandangan dalam Konvensyen Perundangan Syariah dan Kehakiman Syariah Pulau Pinang 2025, di Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

Hakim mesti tegas, berani tolak permohonan tangguh kes – Tun Zaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Penangguhan kes yang berpanjangan di Mahkamah Syariah harus dielakkan bagi memastikan keadilan dapat dicapai dengan segera khususnya melibatkan golongan yang kurang berkemampuan dan memerlukan keputusan pantas.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi berkata, antara punca utama kelewatan penyelesaian kes adalah penangguhan yang sering kali berpunca daripada pihak peguam dan juga aspek pentadbiran mahkamah itu sendiri.

“Saya beritahu kepada hakim-hakim, mereka mesti bertegas dan berani menolak permohonan penangguhan yang tidak disertakan dengan alasan yang kuat. Kalau tidak, keadilan tidak akan dapat dilaksanakan,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Perundangan Syariah dan Kehakiman Syariah Pulau Pinang 2025, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, penangguhan kes yang berpanjangan bukan sahaja menjejaskan perjalanan sistem keadilan malah bercanggah dengan semangat dan ajaran Islam itu sendiri.

“Mahkamah bukan tempat untuk melambat-lambatkan keadilan. Sebaliknya, ia adalah tempat untuk melaksanakan keadilan dengan cekap, khususnya kepada golongan yang bukan berada,” katanya.

Tambahnya, Mahkamah Syariah juga disaran agar mengambil langkah dalam memastikan akses kepada keadilan tidak terhalang akibat prosedur yang rumit dan ketidakmampuan kewangan khususnya bagi golongan yang tidak berkemampuan.

‘Saya mencadangkan agar mahkamah dari sudut pentadbiran membantu golongan yang memerlukan tetapi tidak mampu mendapatkan khidmat guaman. Kita kena bantu mereka,” katanya.

Katanya, pihak pentadbir Mahkamah Syariah perlu mewujudkan satu format khusus yang mudah digunakan oleh orang awam untuk memfailkan kes tanpa perlu melalui proses yang kompleks atau memerlukan khidmat peguam

“Kalau suami nak ceraikan isteri, mana isteri nak cari duit untuk lantik peguam. Kadang-kadang isteri datang ke mahkamah, suami tak hadir, kes ditangguh pula. Sampai bila nak tunggu,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI