fbpx
Poster salam takziah yang dimuat naik guru terbabit di akaun Facebooknya.

‘Cikgu jadi saksi Firdaus anak murid yang baik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Guru kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang maut selepas lebih 48 jam bertarung nyawa akibat lemas dalam kolam renang meluahkan rasa duka cita atas pemergian anak muridnya itu.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Cikgu Putrysheda memberitahu, Ahmad Firdaus Iqbal Ahmad Ridzuan merupakan seorang murid yang baik dan ceria.

“Baru mendapat perkhabaran duka tentang adik Ahmad Firdaus Iqbal yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Belum sempat cabut mesin bantuan pernafasan dan jantung telah berhenti.

“Mohon semua doakan kebaikan buat arwah adik Ahmad Firdaus Iqbal dan ahli keluarganya. Cikgu jadi saksi Firdaus anak murid yang baik dan ceria,” tulisnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tidak sedarkan diri selepas mandi di kolam renang sebuah kondominium di Taman Kota Syahbandar, Kota Laksamana, di sini.

Bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada kanak-kanak itu namun mangsa tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeru, Datuk Kalsom Noordin memaklumkan, mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak, Hospital Melaka dan menggunakan bantuan mesin pernafasan kerana kehilangan fungsi otak (otak mati).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI