fbpx
ISHAK ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang hari ini.

Duda dijel 6 bulan, buat kelucahan melampau depan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara selama enam bulan selepas mengaku bersalah diatas pertuduhan melakukan kelucahan melampau ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Ishak Abdul Hamid, 54, mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah dihadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Menurut kertas pertuduhan, Ishak telah melakukan kelucahan melampau iaitu dengan beronani di tempat awam di hadapan seorang wanita berusia 22 tahun pada pukul 4.40 petang 16 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377D yang membawa hukuman penjara selama tempoh dua tahun.

Ishak yang juga seorang duda kematian isteri dan hidup sebatang kara dan tidak diwakili peguam memohon agar diringankan hukuman terhadapnya kerana pernah ditimpa penyakit angin ahmar.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurfara Fazilun Izylin Ahmad mencadangkan hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada umum mengambil kira faktor kepentingan awam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman penjara selama enam bulan daripada tarikh mula ditahan kepada tertuduh.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI