fbpx
SZE FEI (kiri) dan Izzuddin terpaksa akur gagal mempertahankan gelaran Terbuka Jepun apabila tewas di final kelmarin. - AFP

DinFei tekad bangkit balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS kecundang di pentas final Terbuka Jepun dan kehilangan takhta No. 1 dunia, beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani enggan tunduk kepada tekanan apabila bertekad menjadikan Terbuka China sebagai pentas kebangkitan.

Gandingan utama negara itu ditewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam masa hanya 38 minit di Tokyo, kelmarin sekali gus meranapkan impian mengekalkan gelaran dan ranking teratas dunia yang baru dikuasai lapan minggu lalu.

Enggan terus dibayangi kegagalan, Sze Fei menegaskan mereka tidak mahu dibebani soal ranking, sebaliknya mahu menumpukan kepada prestasi dan konsistensi permainan di dalam gelanggang.

“Tiada apa yang perlu kami buktikan (ranking). Kami hanya mahu turun ke gelanggang, beri aksi terbaik dan nikmati setiap perlawanan,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Izzuddin pula menjelaskan pasangan Korea itu bukan lagi ‘underdog’ tetapi sudah layak digelar kuasa baharu yang bakal mendominasi dunia badminton dengan corak permainan agresif dan taktikal sukar dibaca.

“Pada perlawanan hari ini (kelmarin), kami cuba kejar rentak mereka terutama dari aspek kepantasan tetapi mereka lebih bagus.

“Soal ranking, kami akan buat persiapan lebih baik dan fokus kepada peningkatan diri sendiri,”  kata Izzuddin.

Menjelang aksi pembukaan Terbuka China, beregu negara yang diberi gelaran ‘DinFei’ itu bakal memulakan kempen menentang pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju.

Gandingan dari Korea yang kini menghuni ranking ke-49 dunia itu belum pernah menentang Sze Fei-Izzuddin sebelum ini, namun tetap dilihat sebagai ancaman dengan corak permainan agresif yang mampu mengejutkan lawan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI