fbpx
Anggota polis membawa Mohd. Jasri (kanan) untuk didakwa atas pertuduhan melakukan khianat dengan api di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROSALWANI CHE SOH/KOSMO!

Buruh mengaku salah bakar basikal, cover set motor abang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membakar basikal dan cover set motosikal abangnya pada 12 Julai lalu.

Tertuduh, Mohd. Jasri Mohd. Daud, 39, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan khianat tersebut sehingga menyebabkan kerosakan di sebuah rumah di Kampung Bukit Mak Lipah, Mahligai Gunong, Bachok di sini pada pukul 6.30 petang, 12 Julai lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 14 tahun denda di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Ogos untuk  prosiding jatuh hukuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI