fbpx

Bertahan sebulan, anak Kak KM tinggalkan kerjaya pramugari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terbang di awan biru tidak seindah disangka, anak kepada usahawan sensasi Kak KM, Bella hanya mampu bertahan selama sebulan sebagai pramugari di syarikat penerbangan Singapore Airlines.

Bella atau nama lengkapnya Nabila Razman, 22, berkata dia menyifatkan keputusan menarik diri daripada latihan bukan mudah, namun percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah.

“Mesti ada sebab Tuhan ubah hati saya. Tiba-tiba rasa nak letak jawatan.

“Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah. Saya pun tak gembira, mama pun menangis di rumah,” luahnya dalam hantaran di TikTok.

Sudah pulang ke Malaysia, cucu kepada dramatis Normah Damanhuri memilih untuk berundur secara baik kerana merasakan kerjaya tersebut kurang sesuai buat dirinya.

“Kerja dekat sana okey sahaja, cuma saya yang tak boleh. Sudah tertulis, rezeki saya bukan di situ,” ujarnya.

Sebelum ini, Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM pernah memaklumkan  anaknya akan berkhidmat dengan Singapore Airlines selama lima tahun selepas ke sesi temuduga dengan dua syarikat penerbangan berbeza. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI