fbpx
cedera selepas dirempuh penunggang motosikal di Kilometer 21.2 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini hari ini.

Anggota polis cedera dirempuh motosikal di lorong kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) cedera selepas dirempuh penunggang motosikal di Kilometer 21.2 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu, anggota berpangkat sarjan terbabit mengalami kecederaan pada muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian berlaku ketika anggota tersebut sedang bertugas di lokasi menghala Restoran Jejantas Sungai Buloh.

“Penunggang motosikal iaitu lelaki berusia 37 tahun tidak sempat mengelak anggota yang sedang menjalankan pemeriksan di lorong kecemasan. Penunggang yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, anggota JSPT berusia 43 tahun yang cedera juga dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI