PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat negeri itu, yang meraikannya hari ini.
Ucapan itu dizahirkan menerusi satu hantaran poster yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
“Selamat menyambut Hari Sarawak,” titah baginda pada poster hantaran tersebut.
Sambutan Hari Sarawak diadakan pada setiap 22 Julai sejak 2016. – KOSMO! ONLINE