fbpx
Yesmin (kanan) didakwa mencederakan rakan lelakinya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Wanita didakwa belasah lelaki sampai patah hidung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memukul rakan lelaki dengan menggunakan telefon bimbit hingga patah hidung minggu lalu.

Tertuduh, Yesmin Fokir Ahmed, 22, tidak membuat sebarang pengakuan kerana tidak memahami bahasa Melayu. Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.

Yesmin didakwa mencederakan mangsa yang berusia 31 tahun dengan telefon bimbit selepas bertengkar. Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Pak Bang, di sini pada pukul 10 malam, 14 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes bagi melantik jurubahasa pada 4 Ogos depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN