fbpx
Tangkap layar menunjukkan dua kanak-kanak perempuan menolak kerusi roda dinaiki bapa mereka untuk pulang ke rumah di bawah terik matahari.

[VIDEO] Dua beradik ‘luar biasa’ tolak kerusi roda bapa bawah panas terik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Momen menyayat hati apabila dua kanak-kanak perempuan dilihat menolak kerusi roda dinaiki bapa mereka di bawah terik mentari dan jalan berbukit, mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.

Perkara itu dikongsikan pempengaruh media sosial, Fatin Nabila Ahmad Zainuddin menerusi satu video di TikTok miliknya yang kelihatan dua beradik perempuan gigih menolak kerusi roda ayah mereka di kawasan berbukit ketika cuaca sangat panas, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

Difahamkan, pempengaruh tersebut kebetulan melalui kawasan itu dan menawarkan bantuan untuk menghantar mereka menaiki keretanya, namun pelawaan tersebut ditolak dengan sopan oleh mereka.

“Allah pilih mereka untuk jadi hamba yang kuat mental dan fizikal. Respect (hormat),” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terharu dengan kecekalan dua beradik itu menjaga ayah mereka walaupun masih kecil.

“Semoga anda dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan,” kata Mat.

“Hebat didikan mak dan ayah dia. Luar biasa anak-anak ini. Baik hati anak-anak yang jaga ayahnya walaupun sekecil itu, tahu tanggungjawab mereka sebagai seorang anak,” ujar Jannah Rejab.

“Semoga anak-anak dia jadi solehah dan dapat rezeki yang melimpah,” komen Justliaa. – KOSMO! ONLINE

@fatinnnabila1 Allah pilih mereka utk jadi hamba yang kuat mental & physical. Respect. #fyp ♬ Belum Siap Kehilangan – Cover – Rafsyan Akbar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI