fbpx
Saifuddin Nasution berucap pada Sambutan Hari Imigresen ke-103 di Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Syor anggota, pegawai imigresen ikuti kursus AI di universiti tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diseru untuk memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha meningkatkan kecekapan operasi dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana AI bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan strategik.

“Sebelum ini, imigresen tidak ‘embrace’ AI. Sekarang, imigresen ‘embrace’ AI. Kayu ukurnya apa? Yang pertama, produktiviti mesti meningkat.

“Yang kedua, sistem penyampaian lebih pantas. Yang ketiga, kalau ianya terkait dengan kutipan hasil, kutipan hasil juga meningkat. Ini antara kayu ukur yang kena disukat apabila kita kata imigresen sekarang embrace AI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ketika merasmikan sambutan Hari Imigresen ke-103 bertemakan ‘AI menerajui reformasi Imigresen’ di Ibu Pejabat JIM hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, sebagai langkah awal, beberapa pegawai perlu dihantar bagi mengikuti kursus atau program khas yang dianjurkan oleh universiti tempatan berkaitan bidang berkenaan.

“Saya nak angkat syor kepada Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban. Yang pertama, beritahu dengan Bahagian Sumber Manusia, hantar dulu kumpulan demi kumpulan, pegawai imigresen ke fakulti-fakulti universiti tempatan misalnya UKM atau UiTM.

“Beri mereka pelepasan untuk satu minggu, dua minggu. Pertingkat kemahiran bagi menggunakan AI tools yang sedang berkembang dengan pantas saban hari. Saya bagi contoh antara syarikat terkemuka dunia yang menggunakan teknologi AI ini adalah syarikat Alibaba dari China,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN