fbpx
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 15 Julai lalu. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

Suspek kelar penuntut universiti didakwa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Lelaki warga asing yang disyaki mengelar bekas teman wanitanya dalam kejadian di sebuah universiti swasta di sini pada 14 Julai lalu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pertuduhan terhadap suspek dilakukan selepas kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

“Kes sudah dirujuk kepada TPR pagi tadi dan arahan telah dikeluarkan untuk pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk prosiding pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang penuntut wanita cedera selepas dikelar oleh bekas teman lelakinya dalam kejadian di kawasan kampus sebuah universiti swasta di Subang Jaya.

Dalam insiden tersebut, suspek berusia 21 tahun yang juga warga asing, dipercayai mencederakan mangsa berusia 20 tahun dengan menggunakan senjata tajam pisau.

Kedua-duanya difahamkan merupakan pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN