fbpx
Fizz sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik video penuh sindiran terhadap individu yang disifatkan sebagai ‘batu api’ atau penghasut dalam kehidupan.

‘Seronok jadi batu api? Apa kau dapat menghasut orang?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seolah-olah mahu ditujukan kepada seseorang, pelakon Datuk Fizz Fairuz sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik video penuh sindiran terhadap individu yang disifatkan sebagai ‘batu api’ atau penghasut dalam kehidupan.

Menerusi perkongsian dalam TikTok, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 45, dilihat sedang memandu, sambil merakam video dengan rakaman audio menyelar sikap segelintir manusia yang suka melaga-lagakan orang lain.

“Seronok jadi batu api? Apa yang kau dapat dengan menghasut orang?

“Bangga bila kau jadi punca pergaduhan? Puas bila dua insan bertengkar kerana kau?

“Bila orang bertelingkah kau tambah bara. Bila mereka berselisih, kau galak menyibuk. Bahaya kalau berkawan dengan manusia sebegini,” ujar individu dalam audio tersebut.

Pun begitu, pelakon filem Mat Tudung itu tidak menulis sebarang nama atau petunjuk jelas, namun hanya meninggalkan kapsyen ringkas yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Seronok? Itulah nama manusia,” tulisnya.

Tindakan itu pantas menimbulkan spekulasi dalam kalangan netizen, malah ada yang mengaitkannya dengan situasi semasa dan beranggapan berlaku konflik antara pelakon tersebut dengan sebuah stesen radio.

“Semoga Datuk sentiasa dalam lindungan Allah. Orang yang buruk akan terdedah dengan sendiri, macam dapat hidu Datuk tuju dekat stesen radio je,” tulis seorang pengikutnya.

“Kadang bukan kita lemah, tapi kita penat hadap manusia bertopeng. Orang macam ini memang wujud. Muka depan manis, belakang api menyala. Teruskan kuat, Datuk,” komen netizen lain.

Sebelum ini, isteri aktor itu yang juga pelakon Almy Nadia memuat naik hantaran yang mencetuskan tanda tanya ramai.

Kata-katanya seolah-olah memberi bayangan bahawa keputusan Fizz meninggalkan stesen radio tersebut bukan atas kehendak sendiri, sebaliknya didorong oleh tekanan pihak tertentu.

“Permulaan yang baik, ditemukan dan dikelilingi orang baik.

“Dijauhi daripada orang yang berhati busuk dan suka aniaya orang. Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Fizz mengumumkan pengunduran diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas setahun enam bulan bersama segmen Morning Morning Suria.

Menurutnya, keputusan dibuat demi memberi fokus terhadap keluarga serta membantu isterinya dalam menguruskan anak-anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI