SUNGAI PETANI – Polis masih menyiasat kes seorang pelajar perempuan yang ditemui dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher di tandas sekolah enengah di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Kta sedang melengkapkan siasatan terhadap dua pelajar yang ditahan. Bagaimanapun disebabkan mereka masih di bawah umur dan mangsa trauma, kita memerlukan sedikit masa untuk lengkapkan siasatan,” katanya.
Sementara itu, rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian disyaki berlaku disebabkan rasa tidak puas berhubung pencapaian cemerlang mangsa dalam akademik sehingga dia disukai oleh ramai pelajar lelaki diekolah tersebut.
Keadaan itu tidak disenangi oleh salah seorang pelajar perempuan selepas mendapati teman lelakinya juga cuba mendekati mangsa.
Dia kemudian mengajak rakannya sebelum mengikat mangsa serta memukul remaja itu dalam tandas sekolah.
Menurut pelajar yang enggan dikenali itu, dia terkejut selepas mendapat tahu dua pelajar sekolah berkenaan ditahan polis sehari selepas kejadian. – KOSMO! ONLINE