fbpx
Poster dikongsikan di media sosial Anwar pada mimggu lalu.

PM umum penghargaan luar biasa kepada rakyat esok atau lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pengumuman berkaitan penghargaan luar biasa rakyat akan dibuatnya pada esok atau lusa.

Perdana Menteri berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

“Saya pertimbangkan perubahan dan pengumuman yang perlu dibuat bagi meredakan tuntutan mereka.

“Saya sudah nyatakan dalam sehari dua ini, saya perlu buat pengumuman sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya, tetapi ia perlukan sedikit masa untuk diteliti dengan sebaiknya,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini tadi.

Minggu lalu dalam hantaran di laman sosial, Anwar memberitahu satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun ia masih menjadi tanda tanya kerana tiada penjelasan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI