fbpx
Tangkap layar video kejadian penunggang motosikal mengalami kecederaan di leher akibat tali layang-layang di MRR2.

Penunggang motosikal cedera terkena tali layang-layang di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal cedera selepas terkena tali layang-layang yang merentang di tengah jalan ketika melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Tasik Metropolitan, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa lelaki berusia 27 tahun sedang menunggang motosikal dari arah Batu Caves menghala ke Sri Damansara pada pukul 6 petang.

“Mangsa ketika itu berada di lorong tengah sebelum secara tiba-tiba terkena tali layang-layang tersangkut pada badan seterusnya ke leher sebelum tali tersebut terputus.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lecur di leher namun tidak terjatuh dan sempat memberhentikan motosikalnya di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa kemudian mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Selayang.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membahayakan pengguna jalan raya dengan membiarkan tali melintang di atas jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN